Rabu, 4 Disember 2019 | 8:23am
PEMANDANGAN dari udara menunjukkan keadaan air di pekan Rantau Panjang masih lagi berada di paras bahaya berikutan limpahan air Sungai Golok. - Foto NSTP/Fathil Asri
AIR masih lagi melintasi jalan di lebuhraya Kota Bharu - Rantau Panjang berikutan limpahan air Sungai Golok yang sudah melepasi paras bahaya. - Foto NSTP/Fathil Asri

13,857 mangsa banjir di Kelantan sehingga pagi ini

KOTA BHARU: Mangsa banjir di Kelantan terus meningkat kepada 13,857 orang sehingga jam 8 pagi ini, walaupun hujan sudah berhenti dan cuaca semakin baik sejak semalam.

Kesemua mereka membabitkan 5,108 keluarga ditempatkan di 61 pusat pemindahan sementara (PPS) di tujuh daerah iaitu Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Tanah Merah, Pasir Puteh, Machang dan Kuala Krai.

Berdasarkan aplikasi info bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), menunjukkan jumlah mangsa banjir di Pasir Mas meningkat kepada 9,466 orang daripada 3,741 keluarga di 29 PPS.

Jumlah mangsa banjir di Tumpat seramai 2,695 orang daripada 911 keluarga di tujuh PPS,

Kuala Krai seramai 263 orang daripada 65 keluarga di lima PPS, manakala Kota Bharu seramai 146 orang daripada 37 keluarga di dua PPS.

NURIZA Mat Yusoff menghidap penyakit buah pinggang dan saraf manakala suaminya Zulkifli Ya lumpuh dari paras pinggang ke bawah akibat angin ahmar berpindah ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di SK Gual Tinggi dengan bantuan anak-anaknya. - Foto NSTP/Fathil Asri

Pasir Puteh pula 826 mangsa daripada 219 keluarga di lapan PPS dan Tanah Merah 321 mangsa daripada 97 keluarga di tujuh PPS. Jumlah mangsa di Machang seramai 140 mangsa daripada 38 keluarga di tiga PPS.

Berita Harian X