Khamis, 26 Disember 2019 | 8:36pm
ANTARA lokasi yang dilanda banjir di Kampung Sungai Semungkis, Hulu Langat. - NSTP/ihsan APM

Banjir sekitar Hulu Langat

HULU LANGAT: Beberapa kampung sekitar daerah Hulu Langat dinaiki air akibat hujan lebat sejak jam 4 petang tadi.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Hulu Langat, Kapten (PA) Maharris Manan, berkata pihaknya menerima aduan daripada penduduk kampung berhubung kejadian itu pada jam 4.45 petang.

“Seramai 15 pegawai dan anggota bersama dua jentera kemudian dikerahkan ke lokasi bagi melakukan pemantauan paras air.

“Kami dimaklumkan kawasan yang terjejas akibat banjir adalah di Kampung Sungai Gahal, Kampung Sungai Semungkis dan Batu 14 Hulu Langat,” katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.

Maharris berkata, setakat jam 6.45 petang tadi, paras air semakin surut walaupun hujan masih turun.

“Tiada pemindahan mangsa dilakukan setakat ini dan pihak kami masih memantau kawasan yang terjejas akibat banjir,” katanya.

Berita Harian X