Ahad, 12 Januari 2020 | 12:31pm
SEORANG guru lelaki cedera di kepala, pipi dan tangan selepas diserang seorang pelajar berusia 15 tahun di sebuah sekolah menengah di Song. - Foto Harun Yahya

Guru cedera diserang pelajar

SONG: Seorang guru lelaki cedera di kepala, pipi dan tangan selepas diserang seorang pelajar berusia 15 tahun di sebuah sekolah menengah di sini.

Ketua Polis Daerah Song, Deputi Superintendan Rowney Michael Jalak, berkata dalam kejadian sekitar jam 11.50 pagi Jumaat lalu, guru itu menegur pelajar terbabit kerana membawa motosikal ke kawasan sekolah dan tidak memiliki lesen.

“Berang ditegur, pelajar itu bertindak menumbuk pipi sebelah kiri guru itu sebelum mengangkat dan menghempas mangsa ke lantai.

“Guru bersaiz tubuh kecil itu mengalami luka di bahagian kepala dan tangan sebelah kiri, selain lebam di pipi. Guru lain yang menyaksikan kejadian itu bertindak membantu rakan mereka,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan tanpa menggunakan senjata.

Berita Harian X