Isnin, 13 Januari 2020 | 8:41am
FOTO hiasan.
FOTO hiasan.

9 kes influenza di Terengganu

KUALA TERENGGANU: Sembilan kes jangkitan virus influenza direkodkan di Terengganu membabitkan pesakit berusia antara tiga dan 38 tahun.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT), Dr Noor Azimi Yunus, berkata kes direkodkan pada 5 dan 7 Januari lalu, membabitkan mangsa daripada dua keluarga berbeza di Setiu.

Beliau bagaimanapun berkata, semua pesakit hanya dirawat di klinik swasta.

“Daripada sembilan kes itu, lima kes positif influenza A dan tiga kes positif influenza B.

“Keadaan semua kes adalah stabil dan terkawal. JKNT dengan kerjasama Pejabat Daerah Setiu akan terus memantau keadaan.

“Orang awam dinasihatkan menjaga kebersihan diri dengan kerap mencuci tangan dan patuh kepada etika batuk dan bersin.

“Mereka juga dinasihatkan segera ke hospital atau klinik berdekatan bagi mendapatkan rawatan.

“Bagi golongan berisiko, dinasihat mendapatkan vaksin Influenza di klinik swasta,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Berita Harian X