Isnin, 13 Januari 2020 | 1:40pm
BEKAS Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB, Arul Kanda Kandasamy hadir pada perbicaraan pertuduhan meminda Laporan Akhir Audit 1Malaysia Developement Berhad (1MDB) di Mahkamah Tinggi, Jalan Duta. NSTP/Mohamad Shahril Badri Saali
BEKAS Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB, Arul Kanda Kandasamy hadir pada perbicaraan pertuduhan meminda Laporan Akhir Audit 1Malaysia Developement Berhad (1MDB) di Mahkamah Tinggi, Jalan Duta. NSTP/Mohamad Shahril Badri Saali

Arul bangkitkan beberapa perkara untuk digugurkan - Saksi

KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Arul Kanda Kandasamy, membangkitkan beberapa perkara dalam Laporan Akhir Audit 1MDB untuk tujuan digugurkan.

Antaranya, perkara membabitkan perkataan oleh pasukan audit dalam laporan itu yang subjektif dan perkara yang tiada bukti sokongan kuat.

Bekas Pengarah Audit Jabatan Audit Negara (JAN), Saadatul Nafisah Bashir Ahmad, dalam keterangan di Mahkamah Tinggi di sini, hari ini, berkata kebanyakan perkataan dalam laporan itu ditukar.

Saadatul Nafisah yang juga saksi pendakwaan ketujuh, ketika membacakan pernyataan saksi berkata, pasukan audit ketika itu berasa hairan dengan tindakan Arul Kanda kerana beliau baru saja membaca dan meneliti setiap perkara dalam laporan berkenaan.

“Walhal, pihak JAN sudah memberi peluang kepada pasukan audit menyuarakan apa-apa perkara atau isu berbangkit pada hari Exit Conference, iaitu pada 16 Disember 2015,” katanya.

Saadatul Nafisah berkata demikian pada perbicaraan kes pindaan Laporan Akhir Audit 1MDB yang dihadapi bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, dan Arul Kanda yang didakwa bersubahat melakukan kesalahan itu.

Berita Harian X