Selasa, 14 Januari 2020 | 8:51am
Gambar fail, Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Latheefa Koya ketika sidang media khas berhubung pembocoran rahsia kerajaan dan konspirasi jenayah peringkat tertinggi di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya pada 8 Januari lalu. - Foto Ahmad Irham Mohd Noor

Rakaman audio: Latheefa Koya dijangka beri keterangan Khamis

KUALA LUMPUR: Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Latheefa Koya, dijangka hadir ke Bukit Aman bagi memberi keterangan Khamis ini.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pendakwaan dan Undang-Undang (D5) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner, Mior Faridalathrash Wahid, berkata Latheefa dipanggil untuk memberi keterangan berhubung rakaman audio yang didedahkan SPRM.

Beliau berkata selain Latheefa, nama-nama lain yang berkaitan juga akan dipanggil bagi membantu siasatan kes itu, katanya kepada Bernama.

Pada 8 Januari, SPRM memutarkan rakaman audio perbualan yang didakwa kebocoran maklumat daripada Jabatan Peguam Negara kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak dan perbualan lain yang dikatakan berkaitan siasatan terhadap 1Malaysia Development Berhad dan SRC International Sdn Bhd.

Klip audio itu dipercayai perbualan yang membabitkan Najib, Datin Seri Rosmah Mansor, bekas Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Dzulkifli Ahmad dan beberapa individu lain. - BERNAMA

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X