Jumaat, 17 Januari 2020 | 4:52pm
POLIS sedang memburu seorang suspek wanita bagi membantu siasatan kes kecurian di sebuah kedai barangan keperluan peribadi di Setapak, dekat Wangsa Maju, pada 18 November lalu.

Polis buru suspek kes curi

KUALA LUMPUR: Polis memburu seorang wanita bagi membantu siasatan kes kecurian di sebuah kedai barangan keperluan peribadi di Setapak, dekat Wangsa Maju, pada 18 November lalu.

Polis dalam satu kenyataan hari ini, berkata rakaman kamera litar tertutup (CCTV) pada hari kejadian, menunjukkan seorang wanita bertudung kuning dilihat mencuri beberapa barang di kedai terbabit.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan boleh tampil ke mana-mana balai polis berdekatan atau hubungi Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-21159999.

“Mereka juga boleh menghubungi pegawai penyiasat kanan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju, Asisten Superintendan S Gopal menerusi talian 012-5120242 / 03-92899222 atau penolong pegawai penyiasat IPD Wangsa Maju, Sarjan Mohd Mudzamil Razak (013-3260395),” katanya.

Berita Harian X