Ahad, 19 Januari 2020 | 2:12pm
Firdaus beramah mesra dengan penumpang bas ekspres sempena pelancaran Ops Tahun Baharu Cina di Melaka Sentral, hari ini. - NSTP/Nazri Abu Bakar
Firdaus beramah mesra dengan penumpang bas ekspres sempena pelancaran Ops Tahun Baharu Cina di Melaka Sentral, hari ini. - NSTP/Nazri Abu Bakar

JPJ berpakaian preman awasi pemandu bas ekspres

MELAKA: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Melaka menempatkan 56 anggotanya menyamar dengan berpakaian preman bagi mengesan pemandu bas ekspres yang melakukan kesalahan jalan raya menerusi Ops TBC, sepanjang Tahun Baharu Cina ini.

Pengarahnya, Muhammad Firdaus Shariff, berkata daripada jumlah itu, empat anggota akan ditugaskan setiap hari di laluan ke Utara, Selatan, Timur dan Barat bermula semalam sehingga 2 Februari ini.

Katanya, anggota JPJ berpakaian preman menaiki bas ekspres akan mengeluarkan saman atas kesalahan dilakukan sebaik sahaja sampai ke destinasi.

“Hari ini sebanyak 15 pemeriksaan dilakukan ke atas pemandu dan syarikat bas ekspres sejak 11.30 pagi tadi termasuk aspek keselamatan dan teknikal kenderaan masing masing.

“Daripada jumlah satu saman dikeluarkan membabitkan tiada pemandu kedua. Sehingga ini belum ada kes dikesan penyamaran itu,” katanya selepas melancarkan Ops TBC, di Melaka Sentral, di sini hari ini.

Firdaus berkata, Ops TBC bertujuan memberi keselesaan kepada pengguna dan mengurangkan statistik kemalangan jalan raya pada musim perayaan, selain membudayakan pemanduan berhemah serta mematuhi undang-undang.

Katanya, strategi penguatkuasaan membabitkan pemeriksaan rekod pemilik pemandu (OPS SISiH) dengan tumpuan kepada pemandu bas ekspres yang mempunyai saman tertunggak.

Malah, pemeriksaan membabitkan bas di depoh bagi mengesan aspek teknikal bas seperti tayar, brek, lampu pembalik cahaya dan lampu isyarat.

Katanya, rondaan di lebuh raya juga membabitkan fokus lapan kesalahan termasuk tidak mematuhi lampu isyarat, memotong barisan berkembar menggunakan telefon bimbit dan memotong barisan.

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X