Selasa, 21 Januari 2020 | 11:41am
Keratan BH Online mengenai kes inkues kematian Nora Anne.

Permohonan inkues kematian Nora Anne sudah dihantar

KUALA LUMPUR: Permohonan inkues oleh keluarga terhadap kematian Nora Anne Quoirin sudah dihantar kepada Pejabat Peguam Negara Disember lalu, kata Peguam keluarga itu, Sankara Nair.

Nora Anne hilang pada 4 Ogos, sehari selepas keluarganya tiba di Seremban untuk bercuti selama dua minggu dan mendaftar masuk di sebuah resort, di sini.

Mayatnya ditemukan pada 13 Ogos lalu berhampiran anak sungai di kawasan berlurah, kira-kira 2.5 km dari resort berkenaan, oleh pasukan sukarelawan yang menyertai operasi mencari dan menyelamat.

Laporan awal bedah siasat menyatakan tiada unsur jenayah dalam kematian Nora Anne, remaja yang mengalami masalah pembelajaran.

Remaja itu meninggal dunia akibat kebocoran usus kerana tidak makan untuk tempoh panjang.

Pada 8 Januari lalu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed berkata, Pejabat Peguam Negara telah mengklasifikasikan kes itu sebagai NFA (tiada tindakan lanjut).

Berita Harian X