Selasa, 4 Februari 2020 | 7:16pm
JABATAN Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) menafikan kenyataan dan video viral yang menyatakan penularan coronavirus menghampiri kawasan Desa Tebrau, Johor.
JABATAN Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) menafikan kenyataan dan video viral yang menyatakan penularan coronavirus menghampiri kawasan Desa Tebrau, Johor.

Jabatan Kesihatan Johor nafi dakwaan coronavirus merebak ke Desa Tebrau

KUALA LUMPUR: Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) menafikan kenyataan dan video viral yang menyatakan penularan coronavirus menghampiri kawasan Desa Tebrau, Johor.

JKNJ dalam satu kenyataannya menerusi akaun rasmi Facebook mereka menyatakan bahawa dakwaan berkenaan adalah tidak benar sama sekali.

Sehubungan itu, pihak JKNJ juga sudah membuat laporan polis berhubung penularan kenyataan dan video viral berkenaan.

“Orang awam diminta tidak menyebarkan viral yang tidak sahih ini kerana ianya akan mengakibatkan situasi panik dikalangan masyarakat.

“Harus diingatkan penyebaran berita palsu sebegini boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998 yang memperuntukkan hukuman denda maksima RM50,000 atau penjara tidak melebihi tempoh satu tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya dalam satu kenyataan yang dimuat naik petang tadi.

Terdahulu, viral satu video dan kenyataan bergambar yang menyatakan coronavirus sudah menghampiri kawasan Desa Tebrau.

Individu terbabit juga meminta orang ramai berhati-hati dan tidak keluar dari rumah untuk pergi ke pasar atau pusat beli-belah selain menyatakan bahawa suspek sudah dibawa ke hospital.

Berita Harian X