Sabtu, 8 Februari 2020 | 11:19pm
LAPORAN tular menerusi media sosial kononnya ada individu dijangkiti coronavirus dilihat berada di tingkat tiga pusat di sebuah pusat beli-belah, di ibu negara, disahkan palsu.

Tular individu dijangkiti coronavirus di pusat beli belah di KL adalah palsu

KUALA LUMPUR: Laporan tular menerusi media sosial kononnya ada individu dijangkiti coronavirus dilihat berada di tingkat tiga pusat di sebuah pusat beli-belah, di ibu negara, disahkan palsu.

Dalam laporan itu turut mendakwa tingkat berkenaan ditutup kepada orang awam selepas mendapati tiga individu dikatakan dijangkiti virus berkenaan dan meminta tidak berkunjung ke tempat umum demi keselamatan.

Bagaimanapun, Pengurusan Midvalley dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan, pihaknya sentiasa memantau keadaan semasa di sekitar kawasan premis berkaitan susulan penularan coronavirus di negara ini.

“Kita sudah mengambil langkah berjaga-jaga dalam hal ini. Ia termasuk menempatkan bahan pencuci tangan (hand sanitizer) di sekitar pintu masuk pusat beli-belah, kaunter pertanyaan, tandas, lobi, lif dan eskalator.

“Kakitangan Midvalley turut akan meningkatkan kekerapan pembersihan beberapa kawasan dan fasiliti tumpuan pengunjung termasuk lif, tandas dan tombol pintu.

“Selain itu, kita menjalankan pemeriksaan suhu terhadap kakitangan pengurusan dan pembekal barangan dari semasa ke semasa,” katanya.

Kemelut Kerajaan

Berita Harian X