Jumaat, 14 Februari 2020 | 6:04pm

Kondo dalam pembinaan runtuh

KUALA LUMPUR: Sebuah kondominium dalam pembinaan di Jalan Desa Bakti 2, Taman Desa, di sini, dilaporkan runtuh kira-kira jam 3.40 petang tadi, ketika hujan lebat.

Ketika ini, lebih 20 pegawai dan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Kuala Lumpur termasuk dari Balai Bomba Penyelamat Seputeh, Balai Bomba Pantai dan Ibu Pejabat JBPM Kuala Lumpur berada di lokasi kejadian bagi mengesan dan menyelamatkan mangsa terperangkap.

Bagaimanapun, bilangan mangsa terperangkap belum dapat dipastikan.

Difahamkan, seorang mangsa sudah dibawa keluar dan dilaporkan berkeadaan stabil.

Sementara itu, jurucakap Polis Daerah Brickfields mengesahkan pihaknya berada di lokasi kejadian bersama pihak bomba dan pasukan perubatan bagi memantau situasi terkini.

Berita berkaitan:

• Kondo dalam pembinaan runtuh - https://www.bharian.com.my/berita/kes/2020/02/655638/kondo-dalam-pembina...

• Seorang pekerja binaan masih terperangkap - https://www.bharian.com.my/berita/kes/2020/02/655703/seorang-pekerja-bin...

• Bomba, JKKP akan nilai tahap keselamatan bangunan di Taman Desa - https://www.bharian.com.my/berita/kes/2020/02/655712/bomba-jkkp-akan-nil...

• Runtuhan di Taman Desa: Mangsa kedua dikeluarkan - https://www.bharian.com.my/berita/kes/2020/02/655736/runtuhan-di-taman-d...

• Runtuhan di Taman Desa: Punca kejadian dikenal pasti dalam tempoh sebulan - https://www.bharian.com.my/berita/kes/2020/02/655744/runtuhan-di-taman-d...

Sebuah kondominium dalam pembinaan di Jalan Desa Bakti 2, Taman Desa, Kuala Lumpur, dilaporkan runtuh petang tadi, ketika hujan lebat. - Ihsan pembaca
Keadaan bangunan kondominium 37 tingkat dalam pembinaan runtuh di Taman Desa. - NSTP/Aswadi Alias
Keadaan bangunan kondominium 37 tingkat dalam pembinaan runtuh di Taman Desa. - NSTP/Aswadi Alias
Berita Harian X