Isnin, 2 March 2020 | 12:22pm
BEKAS Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali. - Foto Abdullah Yusof
BEKAS Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali. - Foto Abdullah Yusof

Kes SRC bersambung petang ini

KUALA LUMPUR: Perbicaraan kes pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd yang dihadapi Datuk Seri Najib Razak ditangguhkan ke petang ini.

Bekas Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali sepatutnya dipanggil untuk memberikan keterangan selaku saksi pembelaan hari ini.

Peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah memberitahu Mahkamah Tinggi, ibu Mohamed Apandi masih sakit dan pihak pembelaan tidak mahu memberikan tekanan kepada saksi itu.

Muhammad Shafee berkata, pihaknya sudah memberikan sepina kepada Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Latheefa Koya dan dijangka memberikan keterangan esok.

Hakim Mahkamah Tinggi Mohd Nazlan Mohd Ghazali kemudian memerintahkan perbicaraan bersambung petang ini.

Sementara itu, Hakim Mahkamah Tinggi Collin Lawrence Sequerah menetapkan Selasa depan bagi perbicaraan kes pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram dana RM2.3 bilion dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang turut dihadapi Najib.

Berita Harian X