Ahad, 8 March 2020 | 11:32am

Simen mayat abang dalam tong

ALOR SETAR: Mayat seorang lelaki ditemui dalam tong air yang disimen di tepi rumahnya, dipercayai mangsa bunuh adik sendiri dalam kejadian di Kampung Padang Hassan, Kepala Batas di sini, pagi tadi.

Mayat Mohd Hasnul Nizar Khairul Anuar, 34, ditemui jam 7 pagi tadi susulan penahanan suspek yang sedang tidur di rumah berkenaan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, Senior Asisten Komisioner Sapii Ahmad, berkata siasatan awal mendapati, suspek menceritakan apa yang berlaku kepada seorang lagi abangnya.

“Abang mangsa kemudian menghubungi polis untuk memaklumkan kejadian itu dan anggota kami bergegas ke lokasi kejadian jam 7 pagi tadi sebelum menahan suspek yang sedang tidur,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, hari ini.

Sapii berkata, siasatan awal mendapati mangsa dipercayai dibunuh pada petang Jumaat lalu.

Mayat lelaki yang ditemui disimen dalam tong plastik di Kampung Padang Hassan, Kepala Batas, Alor Setar, hari ini dipercayai dibunuh petang Jumaat lalu. - Foto Zuliaty Zulkiffli
Mayat lelaki yang ditemui disimen dalam tong plastik di Kampung Padang Hassan, Kepala Batas, Alor Setar, hari ini dipercayai dibunuh petang Jumaat lalu. - Foto Zuliaty Zulkiffli

Anggota polis menjalankan siasatan penemuan mayat remaja lelaki disimen dalam tong air di Kampung Padang Hassan, Kepala Batas, Alor Setar, hari ini. - NSTP/Zuliaty Zulkiffli
Anggota polis menjalankan siasatan penemuan mayat remaja lelaki disimen dalam tong air di Kampung Padang Hassan, Kepala Batas, Alor Setar, hari ini. - NSTP/Zuliaty Zulkiffli

Katanya, polis turut merampas pelbagai barangan termasuk sebilah pisau dan kereta sorong yang dipercayai digunakan dalam kejadian itu.

“Mangsa tidak bekerja manakala suspek bekerja sebagai penjual ayam goreng.

“Berdasarkan siasatan awal, motif kejadian disebabkan baju yang diberi teman wanita suspek sering dipakai si mati.

“Perkara itu menyebabkan adiknya berang tetapi siasatan masih dijalankan,” katanya.

Sapii berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Beliau berkata, mayat mangsa berserta tong berkenaan dibawa ke Jabatan Forensik, Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk tindakan lanjut.

Anggota polis menjalankan siasatan penemuan mayat remaja lelaki disimen dalam tong air di Kampung Padang Hassan, Kepala Batas, Alor Setar, hari ini. - NSTP/Zuliaty Zulkiffli
Anggota polis menjalankan siasatan penemuan mayat remaja lelaki disimen dalam tong air di Kampung Padang Hassan, Kepala Batas, Alor Setar, hari ini. - NSTP/Zuliaty Zulkiffli
Siasatan awal mendapati, suspek menceritakan apa yang berlaku kepada seorang lagi abangnya. - NSTP/Zuliaty Zulkiffli
Siasatan awal mendapati, suspek menceritakan apa yang berlaku kepada seorang lagi abangnya. - NSTP/Zuliaty Zulkiffli
Berita Harian X