Jumaat, 13 March 2020 | 10:59am
Pasukan pembelaan yang mewakili Datuk Seri Najib Razak hari ini mengemukakan dokumen bertulis kepada mahkamah mengenai ujian COVID-19. - NSTP/Hairul Anuar Rahim
Pasukan pembelaan yang mewakili Datuk Seri Najib Razak hari ini mengemukakan dokumen bertulis kepada mahkamah mengenai ujian COVID-19. - NSTP/Hairul Anuar Rahim

Peguam Najib kemukakan dokumen ujian COVID-19

KUALA LUMPUR: Pasukan pembelaan yang mewakili Datuk Seri Najib Razak hari ini mengemukakan dokumen bertulis kepada mahkamah mengenai ujian COVID-19 yang dijalani mereka berikutan seorang ahli keluarga peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah mempunyai kontak rapat dengan individu disahkan positif jangkitan itu.

Pada prosiding hari ini, peguam Noor Farhah Mustaffa menyerahkan kepada Mahkamah Tinggi perintah isolasi oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang dikeluarkan terhadap salah seorang ahli keluarga Muhammad Shafee yang mewakili Najib dalam kes pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram dana 1MDB.

Peguam itu turut mengemukakan dokumen daripada Hospital KPJ Damansara yang menyatakan Muhammad Shafee melakukan ujian di hospital itu dan dinasihatkan dikuarantin sehingga keputusan diperoleh hari ini atau esok.

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X