Isnin, 23 March 2020 | 6:28pm
Lelaki ditemui mati oleh orang awam terbaring di dalam kereta Myvi jam 11.50 pagi, semalam, di kawasan letak kereta R&R Hulu Bernam arah utara.
Lelaki ditemui mati oleh orang awam terbaring di dalam kereta Myvi jam 11.50 pagi, semalam, di kawasan letak kereta R&R Hulu Bernam arah utara.

Mayat dalam kereta Myvi di RnR bukan kes COVID-19

HULU SELANGOR: Polis mengesahkan penemuan mayat lelaki berusia 25 tahun dalam kereta Myvi di tapak letak kereta kawasan Rehat dan Rawat Hulu Bernam, arah utara di Kuala Kubu Baru, di sini, semalam bukan mangsa wabak COVID-19.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Arshad Kamaruddin berkata, bedah siasat mayat dilakukan di Hospital Kuala Kubu Bharu (HKKB) jam 2.30 petang ini mendapati mangsa mati secara mengejut.

Katanya, laporan perubatan dari HKKB mengesahkan bahawa mangsa tidak dijangkiti COVID-19.

“Selama sejam mayat mangsa dibedah siasat petang tadi. Saya sahkan tidak ada sebarang unsur jenayah terhadap mangsa sebelum dia meninggal dunia.

“Namun siasatan lanjut masih dilakukan dari semua sudut bagi mengenal pasti kronologi kematian mangsa ini,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Mangsa berasal dari Shah Alam.

Lelaki itu ditemui mati oleh orang awam terbaring di dalam kereta Myvi jam 11.50 pagi di kawasan letak kereta R&R Hulu Bernam arah utara.

Arshad berkata, mayat mangsa dituntut keluarganya untuk pengebumian.

  • Lagi berita mengenai COVID-19

  • Kabinet Malaysia 2020

    Berita Harian X