X
Selasa, 24 March 2020 | 6:08pm
Kanak-kanak lelaki berusia empat tahun maut selepas terjatuh dari tingkat 16 di Flat Sri Perak, Sentul, jam 2.30 petang tadi.
Kanak-kanak lelaki berusia empat tahun maut selepas terjatuh dari tingkat 16 di Flat Sri Perak, Sentul, jam 2.30 petang tadi.

Budak empat tahun maut terjatuh tingkat 16

KUALA LUMPUR: Seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun maut selepas terjatuh dari tingkat 16 di Flat Sri Perak, Sentul, jam 2.30 petang tadi.

Mangsa dikatakan memanjat kerusi dan mesin basuh sebelum terjatuh.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner S Shanmugamoorthy Chinniah, berkata hasil siasatan awal mendapati, mangsa dikatakan bermain sendirian di kawasan dapur rumah terbabit.

“Mangsa adalah anak angkat kepada pemilik rumah itu dan mayat mangsa dihantar ke Hospital Kuala Lumpur, untuk tindakan lanjut,” katanya.

Berita Harian X