Rabu, 25 March 2020 | 12:48pm

Bekas tentera ditahan kerana keluarkan kata-kata kesat

KOTA BHARU: Seorang bekas anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) ditahan reman tiga hari kerana mengeluarkan kata-kata kesat terhadap polis, ketika dihalang melepasi sekatan jalan raya berikutan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Perintah tahanan reman sehingga Jumaat ini dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Sesyen Kota Bharu, Norizan Mustafa.

Terdahulu, suspek berusia 38 tahun ditahan di rumahnya di Kampung Degong Lubok Stol, Pasir Mas jam 6 petang semalam.

Suspek mengeluarkan kata-kata kesat kepada anggota polis kerana dihalang melepasi sekatan jalan raya di Jalan Salor-Kota Bharu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Daud ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 14A Kanun Keseksaan.

Bekas anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) direman selama tiga hari sehingga Jumaat kerana mengeluarkan kata-kata kesat. - NSTP/Nik Abdullah Nik Omar
Bekas anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) direman selama tiga hari sehingga Jumaat kerana mengeluarkan kata-kata kesat. - NSTP/Nik Abdullah Nik Omar

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X