Khamis, 26 March 2020 | 5:32pm
Petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memeriksa suhu badan lapan Jemaah Tabligh dari Makassar dan Jakarta yang tiba di Terminal Feri Antarabangsa Puteri Harbour hari ini diperiksa taraf kesihatan sebagai langkah mencegah penularan COVID-19. - Foto BERNAMA

8 jemaah tabligh ijtimak Sulawesi negatif COVID-19

ISKANDAR PUTERI: Lapan jemaah tabligh Malaysia yang tiba di Terminal Feri Antarabangsa Puteri Harbour selepas menyertai Ijtimak Dunia 2020 Zon Asia di Sulawesi di Indonesia, disahkan negatif COVID-19.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Maydin Pitchay, berkata bagaimanapun mereka tetap diarah menjalani kuarantin selama 14 hari di rumah masing-masing.

Beliau berkata, pihaknya menjangkakan 30 lagi jemaah tabligh Malaysia daripada himpunan sama bakal tiba dalam tempoh terdekat dan semuanya wajib menjalani saringan dan tempoh kuarantin.

“Hari ini, kita terima lapan jemaah tabligh yang balik dari laluan Makassar, Indonesia ke Puteri Harbour, Iskandar Puteri.

“Mungkin ada dari laluan Terminal Feri Antarabangsa Stulang di Stulang Laut atau Terminal Feri Antarabangsa Puteri Harbour,” katanya selepas melawat Balai Ketibaan Terminal Feri Antarabangsa Puteri Harbour, di sini, hari ini.

Ayob Khan berkata, terdapat 1,716 jemaah tabligh direkodkan di Johor dan daripada jumlah itu 1,704 sudah menghadiri saringan, manakala 12 lagi belum hadir.

Petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memeriksa suhu badan lapan Jemaah Tabligh dari Makassar dan Jakarta yang tiba di Terminal Feri Antarabangsa Puteri Harbour hari ini diperiksa taraf kesihatan sebagai langkah mencegah penularan COVID-19. - Foto BERNAMA
Petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memeriksa suhu badan lapan Jemaah Tabligh dari Makassar dan Jakarta yang tiba di Terminal Feri Antarabangsa Puteri Harbour hari ini diperiksa taraf kesihatan sebagai langkah mencegah penularan COVID-19. - Foto BERNAMA

“Kita tidak tetapkan tarikh (bila perlu buat saringan), tetapi kita sudah kenal pasti dan akan hantar team (pasukan) untuk pujuk mereka buat saringan.

Mengenai hotspot COVID-19 di Johor, katanya ia membabitkan Batu Pahat dan Kluang, di mana pihaknya mempertingkatkan kepada lima sekatan jalan raya, berbanding hanya tiga di tempat lain.

“Kita turut tingkatkan rondaan MPV bagi memastikan kepatuhan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada tahap maksimum,” katanya.

  • Lagi berita mengenai COVID-19

  • Berita Harian X