Khamis, 9 April 2020 | 9:32pm

Tiada total lockdown di Indera Mahkota 2

KUANTAN: Polis menafikan dakwaan kononnya kawasan Indera Mahkota 2, Kuantan akan dilaksanakan ‘total lockdown’ seperti yang tular di media sosial.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohamad Noor Yusof Ali, berkata orang ramai diminta tidak mendengar berita tidak benar disebarkan oleh pihak tidak bertanggungjawab.

“Memang tidak ada (lockdown). Justeru, saya menasihati orang ramai jangan mendengar berita yang tidak benar ini,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Sebelum ini, tular di media sosial kononnya kawasan Indera Mahkota 2 akan dilaksanakan ‘total lockdown’ yang bermakna orang ramai tidak boleh keluar masuk.

Mesej itu antara lain turut mendakwa Tuan OCS Indera Mahkota meminta semua pihak bersedia untuk ‘total lockdown’.

Mohamad Noor berkata, orang ramai seharusnya menyemak sebarang maklumat yang diterima dengan pihak berkuasa serta tidak menyebarkan berita palsu dan tidak sahih.

“Saya memberi amaran kepada sesiapa yang menyebarkan berita palsu ini, kita boleh diambil tindakan mengikut undang-undang.

“Saya juga ingin ingatkan penduduk di daerah (Kuantan) ini supaya duduk di rumah dan tidak melanggar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) oleh pihak berkuasa, ” katanya.

  • Lagi berita mengenai COVID-19

  • Berita Harian X