Khamis, 23 April 2020 | 3:44pm
Barangan yang dirampas dari suspek yang menyamar sebagai polis dan menyamun warga asing - Foto NSTP/ Ihsan PDRM
Barangan yang dirampas dari suspek yang menyamar sebagai polis dan menyamun warga asing - Foto NSTP/ Ihsan PDRM

Menyamar polis, samun warga asing

KOTA TINGGI: Lelaki berusia 25 tahun ditahan kerana menyamar sebagai anggota polis dan menyamun ketika rondaan Response Team Covid-19 Ibu Pejabat Daerah (IPD) Kota Tinggi, di sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Ashmon Bajah, berkata suspek ditahan di Jalan Kampung Kelantan, di sini kira-kira jam 7.20 malam.

Katanya siasatan mendapati lelaki terbabit terbabit dalam kes samun dan menyamar sebagai polis terhadap seorang warga asing di Kampung Tembioh, di sini.

"ketika ditahan, suspek bertindak agresif dan mengugut pegawai polis.

"Pihak polis telah merampas sebuah motosikal dan juga dua telefon bimbit dipercayai milik mangsa. Suspek juga disiasat kerana melanggar Perintah

Kawalan Pergerakan," katanya dalam satu kenyataan.

Ashmon berkata semakan mendapati suspek memiliki 10 rekod lampau berkaitan kes jenayah dan dadah.

Malah saringan awal air kencing mendapati suspek positif dadah jenis Methapethamin.

"Suspek dibawa ke IPD Kota Tinggi untuk siasatan lanjut dan direman selama tujuh hari sehingga 29 April ini," katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 392 kanun keseksaan, Seksyen 170 kanun keseksaan, Seksyen 186 Kanun keseksaan, Seksyen 506 kanun keseksaan dan Peraturan 11 peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2020.

Berita Harian X