X
Khamis, 23 April 2020 | 4:42pm
LAPAN lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret Port Dickson atas pertuduhan berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). - Foto Mohd Khidir Zakaria
LAPAN lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret Port Dickson atas pertuduhan berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). - Foto Mohd Khidir Zakaria

Lapan lelaki mengaku bersalah tuduhan ingkar PKP

PORT DICKSON: Lapan lelaki mengaku bersalah atas pertuduhan berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Mahkamah Majistret Port Dickson, hari ini.

Pengakuan itu dibuat lapan tertuduh di hadapan Majistret Siti Huzaifah Abdul Talib sebaik pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah.

Dua daripada lapan tertuduh turut didakwa gagal menunjukkan kad pengenalan ketika ditahan.

Semua tertuduh, buruh kasar A Selvam, 45, penyelia ladang M Gunatibhan, 35, pemandu lori P Surian, 42, pemandu lori M Loganathan, 48, pemandu bas R Murugan, 49, dan tiga penganggur R Balan, 55, R Nehru, 49, serta R Thilipkumaran, 31.

Perbuatan itu dilakukan mereka dalam sebuah premis di sebuah ladang dan mereka didakwa mengikut Peraturan 7(1) Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah di dalam kawasan Tempatan Jangkitan) 2020 dan Peraturan 25 (1) (n) PPN 1990.

Pendakwaan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Hafizah Zainul Hashimi.

Semua tertuduh mengaku bersalah di atas pertuduhan yang dibacakan.

Majistret menjatuhkan hukuman penjara empat hari dari tarikh tangkap dan denda RM800 setiap seorang dan 14 hari penjara jika gagal membayar denda.

Semua tertuduh membayar denda sebanyak RM800 setiap seorang.

Bagi dua tertuduh, Loganathan, dan Nehru, atas kesalahan gagal menunjukkan kad pengenalan mengikut Perkara 25(1)(n) PPN 1990, tertuduh mengaku salah di atas pertuduhan yang dibacakan.

Majistret menjatuhkan hukuman denda RM800 setiap seorang atau penjara satu bulan. Kedua-dua tertuduh membayar denda sebanyak RM800 setiap seorang.

  • Lagi berita mengenai COVID-19

  • Berita Harian X