Jumaat, 22 Mei 2020 | 8:51pm
LOJI minyak yang terbakar di Port Dickson petang tadi. - Foto NSTP/MOHD KHIDIR ZAKARIA
LOJI minyak yang terbakar di Port Dickson petang tadi. - Foto NSTP/MOHD KHIDIR ZAKARIA

Satu tangki di loji penapis minyak terbakar

PORT DICKSON: Loji minyak Shell HRC di Jalan Kampung Paya Port Dickson terbakar dalam keadaan hujan lebat dan ribut petir petang tadi, namun tidak mangsa maut atau tercedera.

Komander Operasi, Ahmad Mukhlis Mokhtar, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 4.15 petang tadi dan bergegas ke tempat kejadian.

"Balai Bomba Port Dickson sampai ke lokasi empat minit kemudian, dan mendapati tiada mangsa yang cedera.

"Beberapa jentera dari Balai Bomba Teluk Kemang dan Balai Bomba Seremban 2 turut membantu bagi memadamkan kebakaran ysng membabitkan sebuah tangki minyak 10,000 liter dengan ketinggian 23 meter dan lebar 60 meter,"katanya dalam satu kenyataan media di sini.

Katanya, kerja-kerja pemadaman masih dijalankan oleh bomba.

Berita Harian X