Isnin, 25 Mei 2020 | 5:29pm
Mayat mangsa yang dipercayai terjatuh dari sebuah unit kondominium di Tanjung Lobang, awal pagi tadi. - NSTP/Melvin Joni
Mayat mangsa yang dipercayai terjatuh dari sebuah unit kondominium di Tanjung Lobang, awal pagi tadi. - NSTP/Melvin Joni

Pelajar maut dipercayai terjatuh dari tingkat 15 kondominium

MIRI: Seorang pelajar institusi pengajian tinggi (IPT), di sini, ditemui mati dipercayai terjatuh dari sebuah kondominium di Tanjung Lobang, di sini, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Komisioner Lim Meng Seah, berkata pelajar terbabit adalah lelaki warga Mesir berumur 19 tahun.

"Mangsa dipercayai terjatuh dari unit kondominium di tingkat 15, kira-kira jam 2 pagi tadi," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Beliau berkata, mangsa bersama rakan-rakannya dikatakan menyewa sebuah unit kondominium itu untuk satu malam.

Difahamkan, mereka menyewa unit kondominium itu untuk meraikan sambutan perayaan.

Setakat ini, katanya, kes itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Berita Harian X