Selasa, 26 Mei 2020 | 12:29am
Allahyarham Mohd Rodzee Hamzah.
Allahyarham Mohd Rodzee Hamzah.

Jurukamera TV3 meninggal dunia

KUALA LUMPUR: Jurukamera stesen televisyen TV3, Mohd Rodzee Hamzah, dilaporkan meninggal dunia dipercayai akibat serangan jantung di kediamannya di Bandar Tun Hussein Onn, Cheras, di sini, malam tadi.

Menurut rakan sekerja Mohd Rodzee yang enggan dikenali, Allahyarham meninggal dunia kira-kira jam 8.30 malam, dan dikatakan sempat melakukan aktiviti berbasikal di sekitar Cheras, petang tadi.

Difahamkan, jenazah Allahyarham dibawa ke Hospital Serdang untuk proses bedah siasat bagi mengenal pasti punca sebenar kematian.

Jenazah dijangka dikebumikan pada jam 9 pagi esok.

Allahyarham yang berusia 48 tahun, sudah 29 tahun berkhidmat sebagai jurukamera bersama TV3.

Arwah meninggalkan seorang isteri serta tiga anak.

Pada 2016, Allahyarham bersama wartawan TV3, Salina Zakaria, merangkul hadiah video terbaik laporan bertajuk Hospital Fuda Kanser (Rawatan Cyro-Surgery) dalam Hadiah Kewartawanan Malaysia MPI Petronas 2015.

Berita Harian X