Selasa, 2 Jun 2020 | 12:02am
 Seramai 13 individu dikompaun kerana ingkar PKPB apabila didapati melepak di tepi Pantai Lido berhadapan Hospital Sultanah Aminah (HSA). - Foto ihsan polis
Seramai 13 individu dikompaun kerana ingkar PKPB apabila didapati melepak di tepi Pantai Lido berhadapan Hospital Sultanah Aminah (HSA). - Foto ihsan polis

PKPB: 13 dikompaun lepak di Pantai Lido

JOHOR BAHRU: Seramai 13 individu dikompaun kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) apabila didapati melepak di Pantai Lido di sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Mohd Padzil Mohd Zain, berkata dalam operasi jam 11 malam, polis dan Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) membuat pemeriksaan terhadap 13 kereta yang diletakkan di bahu jalan serta orang awam yang berkumpul di tepi pantai itu.

"Soal siasat awal mendapati semua mereka gagal memberi alasan yang munasabah semasa ditahan kerana gagal mematuhi arahan PKPB," katanya dalam kenyataan di Facebook, hari ini.

Semua mereka dibawa ke Ibu Pejabat Polis (IPD) Johor Bahru Selatan dan dikompaun.

Sehubungan itu, Mohd Padzil berkata, polis meminta orang ramai mematuhi SOP PKPB. Polis juga akan meningkatkan rondaan di kawasan taman rekreasi dan lokasi tumpuan ramai dalam daerah Johor Bahru Selatan bagi mengelak perhimpunan ramai.

Berita Harian X