Ahad, 28 Jun 2020 | 6:06pm

Wad Hospital Sultanah Aminah terbakar

JOHOR BAHRU: Wad Perubatan Perempuan Hospital Sultanah Aminah (HSA) terbakar kira-kira jam 3 petang tadi.

Menteri Kesihatan, Datuk Sri Dr Adham Baba, dalam sidang media di hospital itu berkata tiada kecederaan dan kematian dalam kebakaran itu.

Katanya, ketika kejadian 52 pesakit berada dalam Kompleks Wad Perubatan Perempuan. Daripada jumlah itu 24 pesakit berada dalam wad yang terbakar diselamatkan oleh Pasukan Tindakan Pantas (Emergency Respon Team).

"Seramai 42 pesakit dipindahkan ke wad perempuan di bangunan HSA yang lain, manakala 10 pesakit yang memerlukan pemerhatian dipindahkan ke Hospital Permai.

"Kebakaran ini tiada kaitan dengan kebakaran empat tahun lalu kerana bangunan juga berbeza. Punca kebakaran masih disiasat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

"Tiada kematian seperti yang tular di media sosial. Kebakaran ini tidak membabitkan kecederaan dan kematian," katanya sambil menambah bangunan itu akan ditutup sehingga ia disahkan selamat oleh JBPM dan Jabatan Kerja Raya (JKR).

Keadaan kebakaran wad perubatan perempuan Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru petang tadi. - Foto ihsan pembaca

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba melawat lokasi kebakaran di Wad Perubatan Perempuan Hospital Sultanah Aminah (HSA). - NSTP/Omar Ahmad

Beberapa jururawat memindahkan dokumen pesakit dari wad perubatan perempuan 1 yang terbakar di Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru hari ini. - BERNAMA

Pada Oktober 2016, berlaku kebakaran besar di Wad Rawatan Rapi (ICU) HSA sehingga mengorbankan enam nyawa.

Mengulas lanjut, Dr Adham berkata, semua pesakit dipindahkan serta merta setelah berlaku kebakaran.

"Pihak keluarga boleh dapatkan maklumat mengenai waris daripada pihak HSA.

"Kita akan jalankan penyiasatan situasi secara menyeluruh dan akan pastikan ada penambahbaikan keadaan," katanya.

Keadaan kebakaran wad perubatan perempuan Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru petang tadi. - Foto ihsan pembaca
Keadaan kebakaran wad perubatan perempuan Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru petang tadi. - Foto ihsan pembaca
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba melawat lokasi kebakaran di Wad Perubatan Perempuan Hospital Sultanah Aminah (HSA). - NSTP/Omar Ahmad
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba melawat lokasi kebakaran di Wad Perubatan Perempuan Hospital Sultanah Aminah (HSA). - NSTP/Omar Ahmad
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba dan Pengarah Kesihatan Negeri Johor, Dr Aman Rabu ketika mendengar penerangan daripada pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat ketika meninjau kebakaran di wad perubatan perempuan 1 di Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru hari ini. - Foto BERNAMA

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba dan Pengarah Kesihatan Negeri Johor, Dr Aman Rabu ketika mendengar penerangan daripada pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat ketika meninjau kebakaran di wad perubatan perempuan 1 di Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru hari ini. - Foto BERNAMA

Berita Harian X