Isnin, 29 Jun 2020 | 5:27pm
Hay Hi Jack dilapor hilang sejak kelmarin dengan kali terakhir dilihat di PPR Air Panas, Setapak. - Foto PDRM
Hay Hi Jack dilapor hilang sejak kelmarin dengan kali terakhir dilihat di PPR Air Panas, Setapak. - Foto PDRM

Kanak-kanak lelaki hilang di Setapak

KUALA LUMPUR: Polis memohon bantuan orang awam untuk mengesan seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun yang dilaporkan hilang di kawasan Setapak.

Polis Kuala Lumpur dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan, kanak-kanak itu dikenali sebagai Hay Yi Jack dan kali terakhir dilihat di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Air Panas pada jam 4.30 petang kelmarin.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan boleh menghubungi pengawai penyiasat kanan, Deputi Superintendan G Stephen di talian 016-3767390 atau pegawai penyiasat, Inspektor Mohamad Faez Paiman (017-7190170).

"Mereka juga boleh hubungi Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau mana-mana balai polis berhampiran," katanya.

Difahamkan Yi Jack disedari hilang oleh datuknya dan ketika hilang, kanak-kanak itu dikatakan memakai baju T dan seluar pendek berwarna putih.

Berita Harian X