Isnin, 29 Jun 2020 | 11:58pm
Laporan dalam BH Online hari ini.
Laporan dalam BH Online hari ini.

Rindu bapa punca Yi Jack 'hilang'

KUALA LUMPUR: Rindu bapa menjadi punca seorang kanak-kanak berusia tujuh tahun 'menghilangkan' diri selama tiga hari.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Rajab Ahad Ismail, berkata kanak-kanak dikenali Hay Yi Jack yang dilaporkan hilang kelmarin, sudah ditemui di rumah bapanya di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Desa Rejang, di sini, jam 7 malam ini.

"Pada hari kejadian (kelmarin), kanak-kanak itu yang tinggal bersama datuknya di PPR Air Panas, di sini keluar dari rumah dan pergi ke rumah bapanya di PPR Desa Rejang atas alasan rindukan bapanya yang lama tidak ditemui.

"Kanak-kanak yang ditemui itu kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju. Polis turut merakam keterangan bapa dan datuk kanak-kanak itu.

"Hasil perbincangan lanjut, mereka bersetuju untuk bersama-sama menjaga kanak-kanak berkenaan," katanya mengesahkan Yi Jack diserahkan semula selepas selesai proses dokumentasi.

Mengulas lanjut, Rajab berkata, Yi Jack dikesan polis hasil bantuan dan maklumat orang awam.

"Kami ingin ucapkan ribuan terima kasih atas kerjasama dan maklumat yang diterima daripada orang ramai sehingga selesainya kes ini," katanya.

Berita berkaitan:

  • Kanak-kanak lelaki hilang di Setapak
  • Berita Harian X