Selasa, 30 Jun 2020 | 2:16am
Keadaan di jeti pangkalan Kuala Kemasin ketika menunggu mangsa bot terbalik. - NSTP/Siti Rohana Idris

4 maut, 4 hilang bot bawa pemancing terbalik

BACHOK: Empat pemancing maut, manakala empat lagi hilang selepas bot dinaiki mereka terbalik dibadai ribut dan ombak besar di kawasan perairan berhampiran Kuala Kemasin, di sini, malam tadi.

Timbalan Ketua Polis Kelantan, Senior Asisten Komisioner Abdullah Mohamad Piah, berkata kejadian berlaku kira-kira jam 8.30 malam membabitkan sebuah bot dinaiki 20 pemancing termasuk tekong.

Beliau berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu selepas laporan dibuat di Balai Polis Badang jam 10.11 malam, sebelum dimajukan ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bachok.

Mengulas lanjut, katanya berdasarkan maklumat, bot berkenaan pada mulanya dipukul ribut menyebabkan sauhnya terputus, sebelum dibadai ombak besar dan terbalik.

"Sejurus itu, 12 daripada mangsa diselamatkan bot nelayan yang berada berhampiran, manakala empat lagi disahkan meninggal dunia.

12 mangsa yang terselamat tiba di jeti pangkalan Kuala Kemasin. - NSTP/Siti Rohana Idris
12 mangsa yang terselamat tiba di jeti pangkalan Kuala Kemasin. - NSTP/Siti Rohana Idris

Ahli keluarga mangsa di jeti pangkalan Kuala Kemasin. - NSTP/Siti Rohana Idris
Ahli keluarga mangsa di jeti pangkalan Kuala Kemasin. - NSTP/Siti Rohana Idris

"Sehingga kini baki empat mangsa lagi masih hilang dan operasi mencari dan menyelamat (SAR) giat dijalankan dengan bantuan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia)," katanya ketika ditemui di pusat operasi SAR di sini.

Ditanya mengenai mangsa, Abdullah berkata identiti mereka sedang dikenal pasti.

"Berdasarkan maklumat awal bot terbabit dikatakan berlepas dari jeti Kuala Besar kira-kira jam 3 petang untuk tujuan memancing dan menyandat sotong.

"Selain Maritim Malaysia, kita juga sudah menghubungi beberapa agensi lain seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Jabatan Perikanan dan Agensi Pertahanan Awam Malaysia (APM) untuk tujuan SAR," katanya.

Dua mayat pemancing tiba jam 2.15 pagi tadi di jeti pangkalan Kuala Kemasin. - NSTP/Siti Rohana Idris
Dua mayat pemancing tiba jam 2.15 pagi tadi di jeti pangkalan Kuala Kemasin. - NSTP/Siti Rohana Idris

Sementara itu, 12 mangsa yang terselamat tiba di jeti pangkalan Kuala Kemasin, di sini kira-kira jam 2.15 pagi bersama dua mayat.

Mayat dua lagi mangsa bagaimanapun dibawa pulang ke jeti menggunakan bot berasingan.

Berita Harian X