Rabu, 8 Julai 2020 | 11:42pm
Suspek kes bunuh dan culik ahli perniagaan bergelar Datuk Seri akan di dakwa di Mahkamah Majistret Petaling Jaya, pagi esok. - Foto JAIS
Suspek kes bunuh dan culik ahli perniagaan bergelar Datuk Seri akan di dakwa di Mahkamah Majistret Petaling Jaya, pagi esok. - Foto JAIS

Dalang utama culik, bunuh Datuk Seri dituduh di mahkamah esok

KUALA LUMPUR: Dalang utama kes culik dan bunuh seorang ahli perniagaan bergelar Datuk Seri akan ditdakwa di Mahkamah Majistret Petaling Jaya, dekat sini esok.

Suspek yang juga seorang ahli politik bergelar Datuk itu dijadualkan akan menghadapi tuduhan itu jam 9 pagi.

Suspek berusia 50-an tahun itu ditahan di kediamannya di ibu negara pada 26 Jun lalu sebelum direman bersama 10 suspek lain.

Media sebelum ini melaporkan mayat mangsa yang sudah reput di temui dalam kawasan belukar di Batu 27 Jalan Rawang Bestari, Rawang pada 27 Jun lalu selepas 18 hari diculik.

Mangsa yang juga seorang pemaju hartanah berusia 55 tahun, diculik tiga lelaki ketika berjoging di sebuah taman permainan di Jalan Persiaran Perdana, Bandar Sri Damansara, Petaling Jaya, kira-kira jam 10.30 pagi, 10 Jun lalu.

Keluarga mangsa kemudian dihubungi suspek yang meminta wang tebusan berjumlah RM154 juta.

Polis mengesahkan motif penculikan berkenaan bermotifkan wang dan dipercayai ada kaitan dengan hutang perniagaan.

Setakat ini, polis menahan 11 orang suspek berusia antara 20 hingga 56 tahun berhubung kes berkenaan termasuk dalang utama.

Berita Harian X