Ahad, 12 Julai 2020 | 5:11pm
Keadaan kereta yang dipandu seorang lelaki dipercayai di bawah pengaruh alkohol yang merempuh pagar Masjid Jamek Tengah Berapit, Bukit Mertajam - Foto NSTP/PDRM
Keadaan kereta yang dipandu seorang lelaki dipercayai di bawah pengaruh alkohol yang merempuh pagar Masjid Jamek Tengah Berapit, Bukit Mertajam - Foto NSTP/PDRM

Pemandu mabuk rempuh pagar masjid

BUKIT MERTAJAM: Seorang lelaki berusia 23 tahun yang dipercayai memandu di bawah pengaruh alkohol cedera selepas kereta yang dipandunya terbabas lalu merempuh pagar masjid di Jalan Berapit, di sini, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Shafee Abd Samad, ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan yang berlaku pada jam 2.35 pagi .

Katanya, kereta berkenaan dipandu di jalan yang lurus dan tiba-tiba hilang kawalan sebelum terbabas.

"Kereta terbabit kemudian merempuh pagar Masjid Jamek Tengah Berapit, di sini.

"Pemandu itu dihantar oleh ambulans ke Hospital Bukit Mertajam bagi menerima rawatan lanjut," katanya kepada BH hari ini.

Mengulas lanjut Shafee berkata, siasatan awal mendapati lelaki dari Kampung Aston Road itu memandu di bawah pengaruh alkohol.

"Sampel darah pemandu turut diambil dan ujian air kencing didapati negatif daripada pengambilan bahan terlarang.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 44 Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya lagi.

habis

Berita Harian X