Khamis, 16 Julai 2020 | 9:06pm
Seorang bayi perempuan yang masih bernyawa dan bertali pusat dijumpai di dalam tong sampah oleh orang awam di Pasar Kampung Teluk Ketapang, Seberang Takir, malam tadi. - Foto ihsan Facebook
Seorang bayi perempuan yang masih bernyawa dan bertali pusat dijumpai di dalam tong sampah oleh orang awam di Pasar Kampung Teluk Ketapang, Seberang Takir, malam tadi. - Foto ihsan Facebook

Bayi masih bernyawa dijumpai dalam tong sampah

KUALA TERENGGANU: Seorang bayi perempuan yang masih bernyawa dan bertali pusat dijumpai di dalam tong sampah oleh orang awam di Pasar Kampung Teluk Ketapang, Seberang Takir, dekat sini malam tadi.

Bayi yang cukup sifat itu dipercayai baru dilahirkan kurang 24 jam sebelum ditemui seorang wanita kira-kira jam 10.30 malam.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Md Din, berkata wanita terbabit memaklumkan ada ternampak suspek (wanita) membuang satu bungkusan berbalut kain di dalam tong sampah di kawasan berkenaan.

Beliau berkata, wanita terbabit menghubungi polis untuk tindakan lanjut.

"Bayi yang masih hidup tanpa sebarang dokumen kemudian dibawa ke Klinik Kesihatan Teluk Ketapang sebelum dipindahkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ).

"Siasatan lanjut sedang dijalankan dan usaha mengesan suspek giat dijalankan dengan kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana kesalahan membuang bayi," katanya.

Berita Harian X