Sabtu, 1 Ogos 2020 | 11:38am
Penoreh getah ditahan polis selepas memuat turun gambar mangsa cabul berusia 9 tahun yang juga anak saudaranya dalam status WhatsApp di Perlis, semalam. Foto NSTP
Penoreh getah ditahan polis selepas memuat turun gambar mangsa cabul berusia 9 tahun yang juga anak saudaranya dalam status WhatsApp di Perlis, semalam. Foto NSTP

'Kantoi' mencabul, letak gambar mangsa dalam status WhatsApp

ARAU: Keghairahan seorang penoreh getah memuatkan gambar anak saudara perempuan tanpa pakaian dalam status WhatsApp selepas mencabul mangsa, memudahkan polis menahan lelaki berusia 57 tahun itu, semalam

Suspek melakukan perbuatan terkutuk itu pada Isnin lalu ketika pergi ke rumah mangsa yang berusia sembilan tahun dan secara kebetulan tinggal berseorangan di Mata Ayer di sini.

Ketua Polis Daerah Arau, Superintendan Nanda Maarof, berkata kejadian itu disedari ahli keluarga mangsa selepas suspek memuat naik gambar mangsa yang tidak berpakaian dalam status 'WhatsApp' pada jam 12 tengahari semalam.

Katanya, menyedari perbuatan suspek, ahli keluarga mangsa bertindak membuat laporan polis yang kemudian ditahan ditahan petang semalam.

"Hasil siasatan mendapati suspek ke rumah mangsa pada Isnin lalu ketika mangsa berseorangan dan bertindak membuka pakaian mangsa sebelum mencabul.

"Suspek juga meminta mangsa memegang kemaluannya sebelum mengambil gambar mangsa yang tidak berpakaian menerusi telefon bimbitnya," katanya ketika dihubungi hari ini.

Nanda berkata, bagaimanapun suspek tidak merogol mangsa dan beredar sejurus selesai menangkap gambar kanak-kanak terbabit.

"Pemeriksaan di dalam telefon bimbit suspek turut menemui sejumlah gambar mangsa yang tidak berpakaian.

"Suspek direman lima hari bermula hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 5 dan 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017," katanya.

Berita Harian X