Rabu, 16 September 2020 | 3:07pm
Dua kotak sarang burung walit seberat 11 kilogram menerusi yang dipesan menerusi pos dirampas MAQIS Johor. - NSTP/Ihsan MAQIS
Dua kotak sarang burung walit seberat 11 kilogram menerusi yang dipesan menerusi pos dirampas MAQIS Johor. - NSTP/Ihsan MAQIS

Cubaan bawa masuk sarang burung walit melalui pos gagal

SENAI: Cubaan seorang warga tempatan untuk membawa masuk 11 kilogram (kg) sarang burung walit bernilai RM4,000 dari Indonesia menerusi khidmat pos gagal apabila ia berjaya dikesan Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) Negeri Johor di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai di sini, tengah hari semalam.

Pengarah MAQIS Negeri Johor, Nur Afifah A Rahman, berkata hasil kerjasama dengan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), di Pejabat Pos DHL Express Senai itu menemui produk sarang burung walit dalam dua kotak berasingan.

"Dagangan itu dibawa masuk untuk kegunaan sendiri oleh lelaki berusia 40 tahun yang sudah dirakam percakapannya.

"Hasil pemeriksaan lanjut mendapati ia tidak mempunyai sebarang dokumen seperti Permit Import yang sah yang dikeluarkan oleh Jabatan MAQIS dan Sijil Kesihatan dari negara asal," katanya dalam kenyataan hari ini

Kes disiasat di bawah Seksyen 11(1) Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 [Akta 728].

Berita Harian X