Khamis, 21 Ogos 2014 | 9:54pm

MH17: Pesawat khas bawa jenazah rakyat Malaysia berlepas ke KL

THE HAGUE: Pesawat khas MAS yang membawa jenazah dan bekas abu mayat rakyat Malaysia selamat berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Schiphol, Amsterdam pada kira-kira jam 9.40 malam waktu Malaysia (3.40 petang waktu tempatan) dan akan terbang selama 11 jam ke Kuala Lumpur.

Pesawat Boeing 747-F itu dikendalikan tiga juruterbang iaitu Datuk Kapten Misman Leham; Kapten Bakri Othman dan kapten Zaim Khalid serta dibantu Pegawai Penerbangan, Yap Yoon Kong.

Berita Harian X