Sabtu, 30 Ogos 2014 | 9:50pm

Malaysia berjaya kekalkan perpaduan dan keharmonian - Muhyiddin

KUALA LUMPUR: Malaysia berjaya mengekalkan perpaduan dan keharmonian antara masyarakat berbilang kaum dengan cemerlang dan berjaya sejak 57 tahun lalu atas nama 1Malaysia.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata rakyat seharusnya berasa bangga kerana dalam tempoh lima dekad ini negara berjaya mengharungi pelbagai cabaran untuk menjadi sebuah negara bangsa yang maju dan bersatu padu.

Katanya, jika semangat kebersamaan diteruskan, satu tempoh yang lebih panjang dapat diharungi bersama atas semangat dan patriotisme anak Malaysia.

Beliau berkata, bertoleransi dan menerima perbezaan adalah resipi utama kejayaan Malaysia membina sebuah negara bangsa yang didiami masyarakat majmuk.

"Kita akui cabaran mengekalkan perpaduan dan keharmonian masyarakat berbilang kaum bukan sesuatu yang mudah, namun ia berjaya dilakukan," katanya dalam Perutusan Hari Kemerdekaan Ke-57, di sini, hari ini.

Berita Harian X