Jumaat, 5 September 2014 | 12:33pm

Peranan generasi muda penting pastikan UMNO sentiasa relevan - Muhyiddin

TIMBALAN Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin melakukan pemeriksaan pebarisan pada majlis perasmian mesyuarat perwakilan pergerakan wanita,pemuda dan puteri UMNO bahagian pagoh di Kompleks sukan di Pagoh hari ini. - Foto Syarafiq Abd Samad
TIMBALAN Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin melakukan pemeriksaan pebarisan pada majlis perasmian mesyuarat perwakilan pergerakan wanita,pemuda dan puteri UMNO bahagian pagoh di Kompleks sukan di Pagoh hari ini. - Foto Syarafiq Abd Samad

PAGOH: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata kepemimpinan generasi muda perlu memainkan peranan bagi memastikan UMNO sentiasa relevan selari dengan perkembangan semasa.

Timbalan Presiden UMNO itu berkata, pemimpin hari ini sentiasa bersedia mendengar pandangan supaya UMNO diterima semua masyarakat.

"Generasi hari ini yang menentukan corak perjuangan kita masa depan. Mereka penentu dan pewaris masa depan.

"Sehubungan ini mereka (pemimpin muda) perlu berani. Generasi hari ini lebih terdidik dan ada asas ilmu.

"Bagi lebih relevan masa depan, Pemuda, Wanita, Puteri (UMNO) tidak sahaja perlu bersuara lantang tetapi lebih efektif dan suarakan kehendak dan perasaan supaya pemimpin boleh dengar dan atur strategik yang boleh dilaksanakan supaya dilihat parti yang relevan dan berkesan," katanya

Muhyiddin yang juga Ahli Parlimen Pagoh berkata demikian berucap merasmikan Mesyuarat Perwakilan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Pagoh, di Kompleks Sukan Pagoh, di sini sebentar tadi.

Berita Harian X