Khamis, 9 Oktober 2014 | 2:33pm
UNIT pemusnah bom melakukan siasatan di tempat kejadian letupan yang mengakibatkan seorang meninggal dunia dan 14 lagi dilaporkan cedera dalam kejadian kira kira pukul 4.30 pagi tadi di Jalan Bintang, berhampiran Sun Complex, Bukit Bintang, Kuala Lumpur. - Foto Mohamad Shahril Badri Saali

Mangsa yang maut akibat letupan bom dikenal pasti - Polis

KUALA LUMPUR: Mangsa yang meninggal dunia akibat letupan bom di Jalan Bintang, Bukit Bintang, dekat sini, pagi tadi dikenali sebagai Tiong Kwong Yie.

Polis Kuala Lumpur sebentar tadi mengesahkan mangsa berusia 36 tahun dan berasal dari Sarawak.

Mangsa dilaporkan seorang pekerja joki kereta mengalami kecederaan parah sebelum dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) tetapi meninggal dunia selepas itu.

Berita Harian X