X
Selasa, 11 November 2014 | 6:32pm

MIC hantar sukarelawan bantu mangsa banjir Cameron Highlands

KUALA LUMPUR: MIC akan menghantar 30 sukarelawan ke Cameron Highlands untuk membantu mangsa banjir lumpur dan tanah runtuh.

Ketua Pemuda MIC, C Sivarraajh hari ini berkata sukarelawan itu akan tiba di Pekan Ringlet dan Sungai Bertam esok untuk membantu kerja pembersihan dan proses pemulihan.

Banjir lumpur dan tanah runtuh yang berlaku di Kampung Raja, Pekan Ringlet dan Lembah Bertam di Cameron Highlands Rabu lalu meragut lima nyawa dan menyebabkan lebih 90 mangsa daripada 28 keluarga dipindahkan ke pusat pemindahan di Ringlet.

Semalam, Sivarraajh menggesa supaya ditubuhkan pihak berkuasa pemuliharaan Cameron Highlands untuk menangani punca masalah itu, yang dikenal pasti sebagai akibat penebangan pokok, pembalakan haram dan pembangunan tidak terkawal seperti didakwa kalangan pencinta alam sekitar.

Beliau juga mengambil perhatian mengenai kepentingan memerangi rasuah yang didakwa punca kemusnahan alam sekitar di kawasan itu.

- BERNAMA

Berita Harian X