Ahad, 30 November 2014 | 12:09pm

Lawatan Muhyiddin ke China pertingkat kerjasama strategik - Duta Besar

Daripada Junita Mat Rasid di China

REAKSI Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Abdul Razak dan Timbalan Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika mendengar pembahasan sempena Perhimpunan Agung UMNO 2014 di PWTC, Kuala Lumpur, semalam. - Foto Muhd Zaaba Zakeria

BEIJING: Lawatan rasmi Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin selama enam hari di China bermula esok dijangka dapat meningkatkan kerjasama strategik komprehensif kedua-dua negara.

Duta Besar Malaysia ke China, Datuk Iskandar Sarudin, berkata Muhyiddin dijadual mengunjungi tiga bandar raya utama di China iaitu Beijing, Shanghai dan Chongqing.

Katanya, lawatan itu atas jemputan rasmi rakan sejawatnya, Zhang Gaoli itu sangat istimewa dalam konteks hubungan dua hala Malaysia-China.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Kedutaan Besar Malaysia di China, di sini sebentar tadi.

"Lawatan ini juga dijangka dapat membantu kedua-dua negara meningkatkan nilai dagangan kepada AS$160 bilion menjelang tahun 2017, berbanding AS$110 bilion pada tahun lalu," katanya.

Berita Harian X