X
Jumaat, 12 Disember 2014 | 10:09pm
PEMENANG anugerah bergambar bersama Pengerusi Lembaga Pengelola Dewan Bahasa dan Pustaka, Prof Datuk Seri Dr Md Salleh Yaapar, di Dewan Bankuet, Menara DBP, sebentar tadi. - Foto NSTP
PEMENANG anugerah bergambar bersama Pengerusi Lembaga Pengelola Dewan Bahasa dan Pustaka, Prof Datuk Seri Dr Md Salleh Yaapar, di Dewan Bankuet, Menara DBP, sebentar tadi. - Foto NSTP

BH rangkul Anugerah Media DBP

KETUA Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Datuk Dr Awang Sariyan (kanan) menyampaikan Anugerah Media DBP 2014 kategori Media Cetak kepada Editor Sastera Berita Harian, Mohd Nazmi Yaakub (kiri) pada majlis Malam DBP Bersama Wartawan 2014, di Dewan Bankuet, Menara DBP, malam ini. - Foto Asyraf Hamzah

KUALA LUMPUR: Berita Harian (BH) merangkul Anugerah Media dan Hadiah Kewartawanan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Kategori Media Cetak pada Malam DBP Bersama Wartawan di Menara DBP di sini, malam ini.

BH memenangi Anugerah Media DBP Kategori Media Cetak untuk ruangan Nasional dan Sastera serta Hadiah Kewartawanan DBP yang diberikan kepada wartawan unit Sastera, Siti Haliza Yusop.

Anugerah Media DBP Kategori Media Cetak dan Anugerah Kewartawanan DBP menawarkan hadiah berupa plak dan sijil penghargaan.

Hadiah disampaikan oleh Ketua Pengarah DBP, Datuk Dr Awang Sariyan.

Turut hadir, Pengerusi Lembaga Pengelola DBP, Prof Datuk Seri Dr Md Salleh Yaapar dan Pengarang Sastera BH, Mohd Nazmi Yaakub.

Anugerah lain termasuk Anugerah Media DBP (Media Elektronik), Anugerah Media DBP (Media Cetak), Anugerah Media DBP (Media Sosial), Hadiah Kewartawanan DBP (Media Elektronik) dan Hadiah Kewartawanan DBP (Media Cetak) serta Anugerah Khas Kewartawanan DBP.

Majlis turut diserikan dengan persembahan artis popular, Fynn Jamal yang banyak menghasilkan lagu puisi dengan menyampaikan lagu popularnya, Arjuna Beta.

Anugerah itu bagi memberi penghargaan kepada media dan wartawan yang menjadi tulang belakang DBP dalam mempromosikan produk dan perkhidmatan DBP kepada masyarakat.

Ia diharap dapat mempererat hubungan kerjasama dua hala antara pihak media dan DBP.

Berita Harian X