Rabu, 17 Disember 2014 | 6:56pm

Pegawai PTD harus ada keserasian emosional dan misi bagi urus negara - PM

PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak menyanyikan lagu Negaraku bersama warga Pegawai Perkhidmatan Takbir dan Diplomatik (PTD) pada Majlis Wacana Kepimpinan Perdana bersama Persatuan Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik (PPTD) bertemakan 'Mencipta Legasi Menelusuri Tranformasi' di Pusat Konvesyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). Turut sama Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa (depan, kiri) dan Ketua Perkhidmatan Awam, Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal (depan, kanan). - Foto BERNAMA

PUTRAJAYA: Pegawai Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik (PTD) harus ada keserasian emosional (emotional bonding) dan misi yang sama dengan pemimpin politik bagi memastikan keunggulan urus tadbir negara, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Beliau berkata, PTD juga perlu menjadi perantara yang terbaik dalam menyampaikan dan menjelaskan dasar kerajaan kepada rakyat.

"PTD selaku perkhidmatan ulung dalam kerajaan harus menghayati konsep ini terutama pada ketika transformasi kerajaan ke arah menjadi negara maju berpendapatan tinggi," katanya.

Najib berkata demikian ketika berucap pada Majlis Wacana Kepimpinan Perdana: Persatuan Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik (PPTD) bersama Perdana Menteri.

Program berkenaan dianjurkan bagi membolehkan gagasan, hasrat dan ekspektasi kerajaan dapat dikongsi secara terus dan tulus kepada mereka yang terbabit.

Berita Harian X