Khamis, 1 Januari 2015 | 12:08pm
KEADAAN helikopter milik Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang terhempas ketika misi menghantar barangan makanan kepada mangsa banjir di Kampung Rambai di Tanah Merah, petang semalam. - Foto BERNAMA
KEADAAN helikopter milik Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang terhempas ketika misi menghantar barangan makanan kepada mangsa banjir di Kampung Rambai di Tanah Merah, petang semalam. - Foto BERNAMA

Angin kuat mungkin punca helikopter PDRM terhempas - Pengarah KDNKA

KOTA BHARU: Angin kuat dipercayai menjadi punca helikopter Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang membawa bantuan makanan kepada mangsa banjir hilang kawalan sebelum terhempas di Kampung Rambai, Tanah Merah, di sini, petang semalam.

Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman, Datuk Muhammad Fuad Abu Zarim, bagaimanapun berkata siasatan terperinci masih dijalankan.

Berita Harian X