Khamis, 1 Januari 2015 | 2:50pm

Najib ucap syukur empat dalam helikopter terhempas terselamat

Twitter Datuk Seri Najib Razak.
Twitter Datuk Seri Najib Razak.

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak hari ini mengucapkan syukur apabila semua empat orang dalam helikopter PDRM yang terhempas ketika misi hantar makanan kepada mangsa banjir di Kelantan semalam, terselamat.

Perdana Menteri dalam posting terbaharu Twitternya, juga berdoa agar mereka yang mengalami kecederaan sembuh dengan segera.

Laporan awal hari ini berkata, angin kuat dipercayai menjadi punca helikopter Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang membawa bantuan makanan kepada mangsa banjir, hilang kawalan sebelum terhempas di Kampung Rambai, Tanah Merah, petang semalam.

Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman, Datuk Muhammad Fuad Abu Zarim, bagaimanapun berkata siasatan terperinci masih dijalankan.

Berita Harian X