Sabtu, 3 Januari 2015 | 12:00pm
ENTRI Najib dalam laman twitternya, hari ini.
ENTRI Najib dalam laman twitternya, hari ini.

Banjir: Najib hargai sumbangan Thailand

KUALA LUMPUR : Datuk Seri Najib Razak menyatakan penghargaan kasih kepada Perdana Menteri Thailand, Jeneral Prayut Chan-o-cha berhubung keprihatinannya terhadap mangsa banjir di negara ini.

Perdana Menteri yang menemui Prayut di Bangkok semalam berkata, mereka berbincang mengenai langkah pemulihan dan berkongsi pengalaman banjir negara jiran itu.

"Bertemu Jeneral Prayut Chan-o-cha di Bangkok, semalam. Terima kasih atas sumbangan banjir, langkah pemulihan yang dibincangkan dan pengalaman banjir di Thai," katanya di laman twitternya, hari ini.

Berita Harian X