X
Selasa, 6 Januari 2015 | 2:06pm
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein. - Foto Muhammad Sulaiman
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein. - Foto Muhammad Sulaiman

QZ8501: Aset laut, udara Malaysia digerak bantu misi SAR

SUBANG : Aset laut dan udara milik Malaysia yang digerakkan bagi membantu mencari dan menyelamat mangsa serta pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 dikekalkan, tanpa ada penambahan baharu dibuat.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, setakat ini, belum ada arahan untuk memanggil balik aset yang ditugaskan membantu Agensi Mencari dan Menyelamat Nasional Indonesia (BASARNAS) itu.

Bagi tugas mengapungkan pesawat malang itu di dasar laut, beliau berkata, ia bergantung kepada persetujuan dan arahan pihak berkuasa Indonesia.

Hishammuddin berkata demikian ketika ditemui media di pusat pengumpulan bantuan banjir di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), di sini, sebentar tadi.

Malaysia menerusi Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menggerakkan tiga asetnya, KD Pahang, KD Kasturi serta KD Lekiu ke perairan Laut Jawa, sejak Isnin minggu lalu.

Selain aset TLDM, pesawat C-130 Hercules milik TUDM juga dikerah ke kawasan pencarian.

Berita Harian X