Khamis, 5 Februari 2015 | 2:49pm

MAHB teruskan usaha naik taraf lapangan terbang

KUCHING: Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) akan meneruskan usaha menaik naik taraf kemudahan di lapangan terbang yang dikendalikannya bagi memenuhi keperluan penumpang.

Pengarah Urusannya, Datuk Badlisham Ghazali, berkata antara lapangan terbang yang terbabit kerja-kerja menaik taraf ialah Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Bharu (KBIA), Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (KIA).

"Kami tidak akan tunggu sehingga ia mencapai kapasiti maksimum. Kami akan naik taraf, itu tugas kami," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Kempen Hari Hijau MAHB 2015 di KIA di sini, hari ini.

Badlisham berkata, dari segi KIA, lapangan terbang itu yang berkemampuan menampung 5.23 juta ketibaan pelawat setahun kini menerima 4.1 juta ketibaan.

- BERNAMA

Berita Harian X