Selasa, 17 Februari 2015 | 12:41pm
Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Tan Sri Syed Hamid Albar. - Foto Syarafiq Abd Samad
Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Tan Sri Syed Hamid Albar. - Foto Syarafiq Abd Samad

Pengusaha bas perlu ambil inisiatif atasi kekurangan pemandu - SPAD

JOHOR BAHRU: Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) minta syarikat pengusaha bas seluruh negara mengambil inisiatif sendiri bagi mengatasi masalah kekurangan pemandu.

Pengerusinya, Tan Sri Syed Hamid Albar, berkata pihaknya dan kerajaan sedia maklum berhubung masalah berkenaan, namun masih belum dapat mengatasinya berikutan kos pelaksanaan yang tinggi.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan pelancaran bas baharu syarikat Handal Indah Sdn Bhd, di Tebrau, dekat sini sebentar tadi.

Berita Harian X