Selasa, 3 March 2015 | 9:16am

Jayakan pelan pendidikan negara - Muhyiddin

TIMBALAN Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Menteri Pendidikan berucap pada Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Pendidikan di Putrajaya pagi ini. - Foto Mohd Fadli Hamzah
TIMBALAN Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Menteri Pendidikan berucap pada Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Pendidikan di Putrajaya pagi ini. - Foto Mohd Fadli Hamzah

PUTRAJAYA: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mahu warga Kementerian Pendidikan bekerjasama dalam memastikan kejayaan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 dan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Pengajian Tinggi) 2015-2025.

Muhyiddin yang juga Menteri Pendidikan, berkata warga kementerian pelbagai peringkat tidak boleh bekerja secara solo, sebaliknya perlu berada dalam satu pasukan supaya matlamat kementerian untuk melahirkan modal insan berkualiti dan berakhlak tinggi tercapai.

"Untuk memastikan matlamat ini tercapai dalam masa 10 hingga 11 tahun ke hadapan, perlu ada komitmen yang tinggi di semua peringkat termasuk di peringkat sekolah dan universiti.

"Selain itu, dalam konteks ini, kita juga tidak boleh hanya berada ekosistem kementerian saja, tetapi turut memerlukan dokongan pihak lain termasuk sektor swasta," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Pendidikan di sini, sebentar tadi.

Berita Harian X